Bantuan Aidilfitri Palestin dan Syria 2020 Hulurkan Sumbangan Terbaik Anda Sempena Baki Ramadan ini
Keadaan di Palestin dan Syria hari ni tidak bertambah baik, malah semakin memburuk.
Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan. Ada yang mati dipertengahan perjalanan melarikan diri, ada yang hidup tetapi hidup dalam keadaan kebuluran, melarat, miskin papa kedana.
Di Syria Lebih 10 Juta Orang Menjadi Pelarian
Saudara kita yang menjadi pelarian bukanlah meminta, dulu ada yang asalnya kaya-raya rumahnya 3 tingkat. Tapi akibat perang semuanya hancur.
Di Gaza, Palestin pula keadaan semakin kritikal, mereka dikepung teruk, ekonomi ranap, pekerjaan tiada.
Anak perempuan Eljamaal dari Gaza, Palestin ini, umurnya 1 tahun tapi berat badannya cuma 2 kilogram.
Sakit tak cukup zat makanan sebab makanan yang mereka ada memang tidak cukup dan tidak berkhasiat. Inilah realiti kesan kebuluran dahsyat yang berlaku di sana.
Mereka nak beli buah atau telur untuk keluarga sendiri makan pon tak mampu.
Eljamaal dari Gaza, Palestin bersama anak perempuannya Marah berumur 1 tahun yang sakit akibat kekurangan makanan berkhasiat.
Lebih 50% kanak-kanak di Gaza, Palestin menderita sakit ANEMIA akibat TIADA MAKANAN, kebuluran.
Mereka cuma dapat makan dari bantuan kemanusiaan yang disalurkan, yang kebanyakannya hanya sekadar tepung gandum dan bijirin buat mengalas perut untuk terus hidup.
Nasib 1 juta pelarian Palestin di Gaza kini hanya atas belas ihsan tangan-tangan yang memberi.
Setelah Amerika Syarikat potong bantuan yang diberikan kepada rakyat Palestin, melalui badan UNRWA di bawah PBB keadaan mereka sekarang semakin buruk.
Adakah kita akan membiarkan nasib saudara kita di Palestin di tangan Amerika?
RM1 juta diperlukan untuk membantu saudara kita di Palestin dan Syria Syawal ini.
Setiap bantuan yang kita berikan ganjarannya amat-amat besar, kerana ramai diantaranya adalah fakir miskin dan dari kalangan mujahidin yang berjihad mempertahankan kesucian Palestin dan masjidil Aqsa dari cengkaman dan kezaliman yahudi zionis..
Sesungguhnya umat Islam di Palestin dan Syria amat memerlukan bantuan daripada kita bagi menyambut kegembiraan Bulan Syawal...
Peperangan yang terjadi menyebabkan kemiskinan yang dahsyat sedang berlaku. Ditambah pula wabak Covid-19 yang sedang melanda.
Apa Yang Mereka Akan Dapat?
Dengan sumbangan yang anda beri melalui sumbangan Raya ini saudara kita di Palestin dan Syria akan dapat makanan dan duit raya.
Mereka juga akan dapat pek makanan untuk mereka gunakan pada masa beberapa hari.
Insyaallah setiap makanan yang diberikan ini akan digunakan oleh saudara kita untuk meraikan Raya Aidilfitri. Semoga semua penyumbang mendapat ganjaran yang besar dari usaha mulia ini...
Macam mana nak bantu mereka?
Anda boleh membantu saudara kita melalui salah satu cara berikut:
Pakej 1: Raya Bersama Palestin Syria RM500
Meliputi:
➡️ Pek Makanan
➡️ Makanan Hari Raya
➡️ Duit Raya
➡️ Bantuan Kecemasan dan Perubatan (Covid-19)
Pakej 2: Tabung Raya Palestin dan Syria bernilai RM10, RM50 atau RM100
Meliputi:
➡️ Pek Makanan
➡️ Makanan Raya
➡️ Duit Raya
➡️ Bantuan Kecemasan dan Perubatan
Pakej 2 ini akan disalurkan kepada pelarian Palestin dan Syria di dalam dan luar negara (kem pelarian Lubnan).

Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada semua dermawan dan dijauhkan daripada segala musibah. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.