MUSIM SEJUK BAKAL TIBA SEMULA DI SYRIA
SEJUKNYA HINGGA KE TULANG, MENCECAH NEGATIF DARJAH CELCIUS!
.jpg)
![]()
(Gambar kanak-kanak Syria di Kem Pelarian Lubnan, semasa ini team misi Aman Palestin disana menyampaikan bantuan)
Bayangkan kanak-kanak di Syria menjadi pelarian akibat daripada pergolakkan yang berlaku di kawasan kediaman mereka dan menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dari kecil seperti gambar di atas.
Keadaan kanak-kanak Syria ini benar-benar membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan walaupun sedikit. Tidak semua akan melalui zaman kanak-kanak yang bahagia dan mengembirakan sepertimana yang kita lalui. Paling utama, kita tidak lahir dan hidup dalam kancah peperangan. Sesiapa yang melapangkan kesusahan muslim yang lain, Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.
![]()
(Team misi Aman Palestin mengagihkan sumbangan makanan kepada pelarian Syria di Kem pelarian Lubnan)
KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK
MASIH DITERUSKAN
Kempen "BANTUAN MUSIM SEJUK" telah dibuka semula. Kempen setiap tahun ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka bagi menghadapi musim sejuk di Syria & Lubnan yang melampau. Antara bantuan yang disalurkan adalah:
1. Kelengkapan Harian
2. Pek makanan
3. Pendidikan
4 Ubatan Dan Kecemasan
5. Minyak tanah dan alat pemanas
Aman Palestin menyeru kepada semua muslim untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen Bantuan Musim Sejuk. Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan hidup mereka.
Antara gambar Laporan misi #winteraidmission Aman Palestin ke Syria pada tahun 2020
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. "
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Untuk maklumat lanjut, SILA HUBUNGI
CIK ROSAZIMA BINTI AHMAD
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN AMAN PALESTIN
+6011-23585403
**********Makluman*****
Bagi Tuan/Puan yang tiada alamat emel, sila guna emel ini diruangan email :
amanpalestinmelaka.onpay@gmail.com