Akaun amanpalestinmelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

REBUT PELUANG SERTAI CABARAN SEDEKAH SUBUH SEPANJANG RAMADAN NANTI




SEDEKAH SUBUH AMALAN YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

Sedekah Subuh adalah antara amalan yang didoakan oleh malaikat jika kita mengambil kesempatan tersebut untuk mengeluarkan infaq.

1. Rasulullah ﷺ pernah menjelaskan bahawa pada setiap pagi, akan datang dua malaikat yang diutuskan untuk mendoakan kebaikan buat mereka yang bersedekah. Sabda Rasulullah:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

"Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah’. Sedang malaikat yang satunya lagi mengatakan: ‘Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang menahan hartanya.’ (HR al-Bukhari)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Aini menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan "diberi ganti" adalah Allah memberikan sesuatu yang lebih baik terhadap harta yang disedekahkan oleh seseorang itu. Ini selaras dengan firman Allah:

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantikannya, dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba: 39)

3. Manakala Mulla Ali al-Qari pula membayangkan bahawa Allah akan memberikan gantian yang lebih baik lagi daripada harta yang kita sumbangkan. Kata beliau:

عِوَضًا عَظِيمًا وَهُوَ الْعِوَضُ الصَّالِحُ أَوْ عِوَضًا فِي الدُّنْيَا

“(Yang dimaksudkan dengan gantian) adalah gantian yang lebih besar iaitu gantian atau ganjaran soleh atau ganjaran dunia.” (Mirqah Mafatih).

4. Ini kerana, gantian yang Allah berikan tidak semestinya dengan ganjaran gantian dari kemewahan dunia. Ada sahaja bentuk gantian dengan anak yang soleh yang tidak mampu dibeli dengan seluruh harta dunia. Ada juga gantian Allah berikan dengan kelapangan jiwa kerana ada sahaja manusia yang mewah tetapi jiwa mereka merasa sempit, sentiasa resah dan gelisah.

5. Begitu besar ganjaran bersedekah di sisi Allah sehingga turun ke dunia malaikat yang datang mendoakan kebaikan buat kita.


5 GOLONGAN YANG GEMAR BERSEDEKAH

Pemisah Diri Dari Neraka
✅ Memadamkan Kepanasan Alam Kubur
✅ Pembuka Pintu Rezeki
✅ Ganjaran Pahala Berganda-Ganda
✅ Dibawah Naungan Rahmat Allah Swt


BAGAIMANA KEMPEN INI DIJALANKAN?

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR Bukhari) Ramadan Al-Mubarak makin hampir. Bulan mulia yang ditunggu-tunggu saban tahun. Bulan pesta ibadah yang dijanjikan untuk kita semua. Sempena Ramadan ini, kami menganjurkan projek CABARAN SEDEKAH SUBUH 465. Kami nak ajak anda semua: 1️⃣ Bangun awal untuk tahajjud (paling kurang 2 rakaat) dan bersahur. 2️⃣ Solat Subuh secara berjemaah dengan ahli keluarga. 3️⃣ Bersedekah selepas Subuh (antara waktu yang terbaik).
Sedekah Subuh tersebut berdasarkan bilangan hari Ramadan. Cth: Ramadan pertama, kita sedekah RM1. Ramadan kedua, RM2 dan seterusnya di mana jumlah sedekah terkumpul untuk saudara kita di Palestin (Keluarga Ibu Tunggal) adalah sebanyak RM465. Inilah antara amalan terbaik sepanjang Ramadan. Kita bangun Tahajjud, Sahur, Subuh berjemaah dan Sedekah Subuh setiap hari, mulakan pagi dengan Memberi, Kongsi rezeki.

SUMBANGAN AKAN DISALURKAN KE MANA?



Setiap hari, kita akan mendengar serangan demi serangan yang dilakukan ke atas warga Palestin dan kawasan penempatan mereka. Tidak terkecuali golongan kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak menjadi ancaman. Menjadi kesedihan buat seorang wanita yang bergelar isteri terpaksa menanggung dan menyara keluarga setelah suaminya syahid dalam serangan yang dilancarkan di sana. Akibatnya, wanita di Palestin semakin ramai menjadi ibu tunggal dan ia adalah cabaran terbesar dalam membesarkan generasi tanpa sokongan dari ketua keluarga. Dengan keperluan makanan asas yang serba kekurangan, peluang pekerjaan yang amat sedikit, keadaan rumah yang serba usang sememangnya memberi bebanan yang amat berat buat seorang wanita yang bergelar ibu tunggal.

Siapa yang bakal dapat manfaat daripada Kempen Sedekah Subuh ini?

Keluarga Ibu Tunggal yang kehilangan suami di Palestin bakal mendapat manfaat daripada sedekah subuh anda ini.

Keperitan yang terpaksa ditanggung oleh ibu tunggal Palestin yang telah kehilangan suaminya. Mereka harus tetap melangkah gagah demi anak-anak tercinta biarpun terhalang oleh kerakusan penjajah zionis.
Ayuh!! Kembalikan semangat dan senyuman kepada mereka dengan berkongsi sedikit rezeki agar Syawal dapat dirai dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Jom hadiahkan DUIT RAYA buat Keluarga Yatim Ibu Tunggal dengan menyertai CABARAN SEDEKAH SUBUH 465.





BAGAIMANA INGIN SERTAI?

Anda boleh sertai dengan dua pilihan tersebut:

1️⃣ Mendaftar maklumat anda (RM10 sebagai niat permulaan sedekah). Anda akan dihubungi oleh pegawai kami. Bermula 1 Ramadan pihak kami akan sentiasa memberi peringatan untuk anda hidupkan sepanjang Ramadan dengan Sedekah Subuh (secara online).


ATAU


2️⃣ Mendaftar maklumat anda (Sedekah subuh RM465 secara penuh untuk 30 Ramadan). Bermula 1 Ramadan pihak kami akan sentiasa mengingatkan anda supaya berniat sedekah di waktu subuh hasil sedekah yang telah dibuat.




Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh whatsapp ke nombor berikut:+6011 -23585403 (Ustazah Ain)

 06 - 253 2551 (Pejabat)

Pegawai Aman Palestin Cawangan Melaka
===============================

*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
melaka.amanpalestin@gmail.com