Akaun amanpalestinmelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RAYUAN BANTUAN KECEMASAN COVID-19 SABAH




Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah memberi peringatan bahawa jumlah kes baru Covid-19 di Sabah akan terus meningkat dalam masa terdekat. 

Rakyat Sabah semakin terjejas kehidupan mereka. Ramai yang telah terjejas sumber pendapatan hatta kehilangan pekerjaan. Bayangkan jika kita berada ditempat mereka, bagaimana anak kecil menangis kelaparan, meminta makanan daripada ibu bapanya.

Manakala keluarga yang terjejas pendapatannya merasa semakin tertekan mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga tersayang dalam keadaan gelombang Covid 19 ini semakin hari semakin membimbangkan.



Keadaan rumah sebuah keluarga miskin di Sabah yang sangat dhaif





Aman Palestin Berhad mengambil tanggungjawab ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk kita bersama dalam membantu penduduk Sabah, dimana mereka benar-benar memerlukan bantuan dari kita untuk kelangsungan hidup mereka, akibat wabak Covid-19 ini melanda semula dengan begitu cepat.


Sasaran kami di Aman Palestin fokuskan kepada golongan yang terjejas akibat wabak Covid-19 di seluruh Sabah. Antara barangan yang diperlukan adalah seperti barangan makanan seperti:


Pakej Bantuan: RM100 atau seikhlas hati:


PEK BANTUAN KELUARGA MISKIN

1. Beras 10KG

2. Minyak masak 2L

3. Tepung 2KG

4. Gula 1KG

5. Kicap 1L

6. Susu kanak-kanak 1KG

7. Telur 2 Papan

8. Teh 1 Kotak


Seperti pada gelombang wabak Covid19 yang pertama, Aman Palestin bergiat aktif diseuruh Malaysia agar bantuan-bantuan kepada golongan yang terjejas ini mendapat keperluan yang cukup. 


GAMBAR-GAMBAR PENERIMA BANTUAN YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH AMAN PALESTIN BERHAD 






Kami berharap sumbangan-sumbang tuan/puan dapat memberi sedikit kegembiraan & terukir senyuman kepada mereka. 


KAMI MEMOHON AGAR KEBAIKAN INI DAPAT DILAKSANAKAN SECARA BERSAMA


Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis riwayat Muslim)


Dengan sumbangan anda dapat meringankan sedikit bebanan yang mereka tempuhi 


Hulurkan sedekah anda, semoga terukir senyuman diwajah mereka

InsyaAllah dengan sifat pemurah anda, lebih banyak kebaikan dan kasih sayang dapat disebarkan dan dirasai bersama.


Semoga dengan kebaikan yang kita kongsikan, Allah SWT akan terus melindungi kita dan keluarga dari musibah, wabak penyakit dan kemiskinan, Aamin YRA.


Biarlah amalan ini nampak kecil, asalkan konsisten setiap minggu kita dapat bantu orang. Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

 

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)


Untuk maklumat lanjut, SILA HUBUNGI

CIK ROSAZIMA BINTI AHMAD
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN AMAN PALESTIN
+6011-23585403

MUHAMMAD ZULFIKAR AZLAN BIN MOHD SHARIFF
PENGURUS AMAN PALESTIN
+6013-5133315


**********Makluman*****
Bagi Tuan/Puan yang tiada alamat emel, sila guna emel ini diruangan email :
amanpalestinmelaka.onpay@gmail.com