Akaun amanpalestinmelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Bantuan Untuk Palestin

Bantuan Untuk Palestin

TAJAAN KELUARGA YATIM & KELUARGA MISKIN DI PALESTIN

PENGENALAN AMAN PALESTIN

Aman Palestin Berhad (sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khususnya untuk rakyat Palestin dan Syria. Badan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan pada  3 Januari 2006.

Kami berada di seluruh negeri dari Perlis hingga ke Sabah, Indonesia dan Gaza dengan kekuatan kakitangan tetap yang amat komited dan dedikasi seramai lebih daripada 100 orang. Ibu pejabat Aman Palestin terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.

LATAR BELAKANG PROJEK JOM TAJA


Saban hari, ada sahaja berita pengeboman dan pembantaian ke atas penduduk Palestin dan Syria yang sehingga kini telah meragut jutaan nyawa tidak kira bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan kemusnahan infrastruktur seperti rumah, sekolah, masjid dan bangunan-bangunan perniagaan tidak terkira banyaknya dan ianya cukup mustahil untuk dibangunkan semula kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan serta hidup serba daif. Penderitaan mereka diburukkan lagi dengan rampasan tanah dan rumah oleh rejim Zi.onis sejak tahun 1948 hingga kini.

Selepas serangan dasyat pada 2014, lebih 1500 orang menjadi anak yatim dan 18,000 unit rumah milik rakyat Palestin musnah.


JOMTAJA ANAK YATIM




Tajaan kepada kanak-kanak yang berstatus anak yatim sekitar Gaza, Tebing Barat,Kem Pelarian di Lubnan dan Syria. Seramai 164 anak yatim masih belum di taja saat ini.


Kelebihan Memelihara Anak Yatim 

“ Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini disyurga

Berkata Malik, Baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda 

iaitu dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah “

(Hadis Riwayat Bukhari)


  

JOMTAJA KELUARGA YATIM



Ibu tunggal merupakan keluarga yang kehilangan ketua keluarga atau suami disebabkan syahid di medan perang menentang Zi.onisSeramai 4,000 wanita menjadi balu selepas peperangan Asfin Ma’kul pada tahun 2014. Jumlah terkini keluarga yatim yang masih mencari penaja adalah sebanyak 4,178 keluarga...Dengan RM100/bulan anda akan dapat menampung keperluan hidup keluarga ini di samping beroleh pahala memelihara anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka. Pastinya ini bakal menjadi pelaburan terbaik untuk akhirat para penaja.


“ Barangsiapa mempersiapkan (bekal) orang yang berperang di jalan Allah bererti dia telah berperang (mendapat pahala berperang). Dan barang siapa menjaga (menanggung urusan rumah) orang berperang di jalan Allah dengan baik bererti dia telah berperang. “


( H.R Bukhari )


JOMTAJA KELUARGA MISKIN





Kemiskinan di Gaza & Tebing Barat mencecah 80%Ditambah dengan kesengsaraan mereka yang tiada pekerjaan . Mereka turut menanggung hutang yang banyak. Di saat ini sebanyak 155 keluarga benar-benar memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup atas faktor kemiskinan tegar.


“ Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunianiscaya Allah akan 

melepaskan darinya kesusahan di hari kiamatBarangsiapa yang meringankan penderitaan 

seorang yang susahpasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan di akhirat . “


( H.R Muslim )


JOMTAJA DANA PENDIDIKAN


Malaysia merupakan salah satu destinasi pengajian tinggi mahasiswa Palestin. Mereka menyambung pengajian di IPTA & IPTS dengan perbelanjaan sendiri. Mereka perlu menamatkan pengajian dengan cemerlang untuk membina semula bangsa dan negara mereka. Bayangkan 511 pelajar Palestin yang masih belum di taja ini di taja oleh anda salah seorangnya dan menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang dan menjadi sosok hebat suatu hari nanti dalam dunia islam. Pasti anda akan menuai hasil daripada ladang pahala ini di dunia dan akhirat kelak.

 

“ Orang yang keluar untuk menuntut ilmutermasuk orang yang berjuang di jalan Allah. “


( H.R Bukhari )



===================================================================================

APA KATA PARA PENAJA?


"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga kerana kesannya amata terasa. Semenjak membiayai anak yatim Palestin, pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan diberkati ketika bersama keluarga dan rakan-rakan". 

Dr.Naffisah Mohd Hassan|Penaja Anak Yatim|MALAYSIA

"Alhamdulillah, dengan kemudahan yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga yatim di Palestin, Allah membalas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kabaikan untuk kita".

Bapak Xeno|Penaja Anak Yatim|INDONESIA

"Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan Aman Palestin dalam Projek Kafalah ini. Mendapat surat daripada keluarga & anak-anak yatim tajaan saya cukup menggembirakan saya walaupun saya tidak pernah mengenali mereka. Mereka adalah keluarga & anak-anak seagama saya".

Norlidah Mohd Salleh|Penaja Anak Yatim|SINGAPURA


=================================================================================


AYUH, USAH BERLENGAH LAGI!!!
JOM KITA SAMA-SAMA BANTU TAJA MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP!

MOGA ASBAB DOA-DOA MEREKA SEBAGAI ANAK YATIM DAN PENDUDUK DI BUMI BARAKAH INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEBERKATAN HIDUP DAN KEMURAHAN REZEKI KITA DUNIA AKHIRAT.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”


ANDA JUGA BOLEH!
JOM SERTAI KAFALAH (PENAJAAN) INI
HARI INI!
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kempen penajaan kafalah ini, sila hubungi:

+6011 -23585403 (Cik Ain)
 06 - 253 2551 (Pejabat)
Pegawai Aman Palestin Cawangan Melaka
===============================

*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
melaka.amanpalestin@gmail.com