Jom Buat Sumbangan Tetap Serendah RM10 Sebulan
PENGENALAN AMAN PALESTIN
Aman Palestin Berhad (sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khususnya untuk rakyat Palestin dan Syria. Badan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan pada 3 Januari 2006.
SUMBANGAN BULANAN KEBIASAANNYA UNTUK KEMPEN TAJAAN BULANAN
LATAR BELAKANG KEMPEN JOM TAJA
Saban hari, ada sahaja berita pengeboman dan pembantaian ke atas penduduk Palestin dan Syria yang sehingga kini telah meragut jutaan nyawa tidak kira bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan kemusnahan infrastruktur seperti rumah, sekolah, masjid dan bangunan-bangunan perniagaan tidak terkira banyaknya dan ianya cukup mustahil untuk dibangunkan semula kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan serta hidup serba daif. Penderitaan mereka diburukkan lagi dengan rampasan tanah dan rumah oleh rejim Zi.onis sejak tahun 1948 hingga kini.
Selepas serangan dasyat pada 2014, lebih 1500 orang menjadi anak yatim dan 18,000 unit rumah milik rakyat Palestin musnah.
JOMTAJA ANAK YATIM

Tajaan kepada kanak-kanak yang berstatus anak yatim sekitar Gaza, Tebing Barat,Kem Pelarian di Lubnan dan Syria. Seramai 164 anak yatim masih belum di taja saat ini.
Kelebihan Memelihara Anak Yatim
“ Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini disyurga.
Berkata Malik, Baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda
iaitu dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah “
(Hadis Riwayat Bukhari)
JOMTAJA KELUARGA YATIM
Ibu tunggal merupakan keluarga yang kehilangan ketua keluarga atau suami disebabkan syahid di medan perang menentang Zi.onis. Seramai 4,000 wanita menjadi balu selepas peperangan Asfin Ma’kul pada tahun 2014. Jumlah terkini keluarga yatim yang masih mencari penaja adalah sebanyak 4,178 keluarga...Dengan RM100/bulan anda akan dapat menampung keperluan hidup keluarga ini di samping beroleh pahala memelihara anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka. Pastinya ini bakal menjadi pelaburan terbaik untuk akhirat para penaja.
“ Barangsiapa mempersiapkan (bekal) orang yang berperang di jalan Allah bererti dia telah berperang (mendapat pahala berperang). Dan barang siapa menjaga (menanggung urusan rumah) orang berperang di jalan Allah dengan baik bererti dia telah berperang. “
( H.R Bukhari )
*Cuma untuk pemakluman, Alhamdulillah anak yatim dibawah kelolaan Aman Palestin semuanya sudah ada penaja dikalangan rakyat Malaysia sendiri. Jika ada kekosongan akan dimaklumkan semula Insha Allah..
JOMTAJA KELUARGA MISKIN
Kemiskinan di Gaza & Tebing Barat mencecah 80%. Ditambah dengan kesengsaraan mereka yang tiada pekerjaan . Mereka turut menanggung hutang yang banyak. Di saat ini sebanyak 155 keluarga benar-benar memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup atas faktor kemiskinan tegar.
“ Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan
melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan
seorang yang susah, pasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan di akhirat . “
( H.R Muslim )
===================================================================================
APA KATA PARA PENAJA?
"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga kerana kesannya amata terasa. Semenjak membiayai anak yatim Palestin, pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan diberkati ketika bersama keluarga dan rakan-rakan".
Dr.Naffisah Mohd Hassan|Penaja Anak Yatim|MALAYSIA
"Alhamdulillah, dengan kemudahan yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga yatim di Palestin, Allah membalas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kabaikan untuk kita".
Bapak Xeno|Penaja Anak Yatim|INDONESIA
"Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan Aman Palestin dalam Projek Kafalah ini. Mendapat surat daripada keluarga & anak-anak yatim tajaan saya cukup menggembirakan saya walaupun saya tidak pernah mengenali mereka. Mereka adalah keluarga & anak-anak seagama saya".
Norlidah Mohd Salleh|Penaja Anak Yatim|SINGAPURA
=================================================================================
Potongan Bulanan Autodebit Aman Palestin
Bagi yang ingin menyumbang bulanan secara potongan tetap dari akaun bank, anda boleh mengisi borang di bawah ????
https://melaka.amanpalestin.co/kempen/sumbangan-bulanan/
Sumbangan tetap untuk kempen tajaan ibu tunggal dan keluarga yatim :
https://melaka.amanpalestin.co/kempen/jom-taja/
Kelebihan Autodebit ini :-
1. Potongan minima serendah RM10 shj.
2. Potongan ini melalui akaun simpanan anda.
3. Tiada tempoh kontrak. Digalakkan buat selama setahun.
4. Tiada tunggakan dikenakan jika potongan tidak berjaya dilakukan.
=================================================================================
06 - 253 2551 (Pejabat)

