SERTAI IBADAH KORBAN & AKIKAH DI BUMI PARA NABI, PALESTIN SYRIA DAN YAMAN
Kelebihan korban yang kebanyakan kita tak tahu.
Kita tak rasa apa bila dengar Nabi SAW buat korban 100 ekor untuk korban. Kadang kita tak nampak kelebihan korban tu jadi kita tak rasa nak buat korban.
Kata Rasullullah SAW. Pabila semua makhluk bangun dipadang masyar kelak. Semuanya akan bergerak menuju masyar. Ada 3 cara menuju ke masyar. Kumpulan pertama. Kumpulan yang naik binatang tunggangan.
Kumpulan kedua kumpulan yang akan berjalan kaki. Berdarah-darah tapak kaki berjalan tanpa henti. Kumpulan ketiga yang paling celaka. Iaitu mereka yang berjalan kaki diatas.Muka dibawah dihentak-hentakkan hingga ke masyar.
Kata ulamak. Maka beruntunglah mereka yang disediakan oleh Allah binatang tunggangan.
Dan binatang tunggangan itu adalah hasil korban yang mereka lakukan korban dengan ikhlas masa hidup dimuka bumi Allah dulu.
Kisah korban Nabi Ibrahim dan Ismail bukti taat dan korban tertinggi kepada perintah Allah SWT yang tiada bandingannya.
Tak mampu jika kita seorang manusia biasa hendak korbankan anak sendiri . Kerana kelemahan iman dan jiwa kita yang sangat sayangkan anak-anak.
Allah SWT buat kita berfikir. Bagaimana perasaannya korbankan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup kita iaitu seorang anak.Maka Allah gantikan korban seorang anak kepada haiwan ternakan. Masya'Allah.

Hanya dengan nilai korban yang kita sumbangkan Allah beri ganjaran dan kemuliaan seperti mana yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim.
Berkorban Harta Bukti Rasa Taat dan takwa seorang hamba kepada rezeki dan kefahaman agama yang Allah SWT beri kepada kita.

Ganjaran kebaikan yang tak terkira banyaknya. Tak boleh dikira dengan mata kasar.
Seperti apa yang Nabi sebut. Apabila sahabat bertanya kepada Nabi.“Ya Rasulullah, apakah ertinya sembelihan korban ini?
Lalu Nabi jawab. “Ia sunnah bapa kamu Ibrahim.” Mereka bertanya: Apa yang akan kami dapat daripadanya?”
Nabi berkata: "Bagi setiap helai rambut satu kebajikan.” Mereka bertanya lagi : “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?”
Kata Nabi lagi “Bagi setiap helai rambut dan bulu halusnya satu kebajikan.”
Keluarkan duit untuk korban. Kualiti jiwa berubah. Bentuk jiwa sanggup berkorban dan utamakan orang lain.
Dengan korban kita beri orang lain nikmat dan rezeki yang mungkin tak pernah mereka dapat selama ini.
Terutamanya saudara Islam kita di Palestin dan Syria. Mereka dizalimi dan hidup penuh kesusahan akibat perang yang berterusan.





Buat Korban di Palestin dan Syria bukan sekadar ibadah untuk kita. Atau semata-mata untuk penuhi impian mereka untuk makan daging.
Namun ia adalah satu sumbangan kita dalam membantu saudara seislam yang berada di bumi para nabi.
Penjaga Baitul Maqdis dan juga penjaga bumi Syam. Tugas kita bagi pastikan mereka terus hidup disana dengan bantuan kita.
14 TAHUN AMAN PALESTIN DIPERCAYAI DLM MENGURUSKAN
IBADAH KORBAN DI PALESTIN & SYRIA.
Aman Palestin komited dalam menyampaikan hasrat dan amanah penyumbang korban dan akikah Malaysia.Atas kepercayaan ini pada tahun 2019, RM 3.9 juta nilai daging diterima melalui penyertan korban dan akikah 2019.

KENAPA KORBAN DENGAN AMAN PALESTIN?
KORBAN SAMPAI TERUS KE PALESTIN & SYRIA


DIHARGAI
Sijil korban akan diberikan kepada yang mengambil bahagian korban
sebagai penghargaan dari pihak Aman Palestin.

UPDATE TERUS SECARA PERSONAL KEPADA ANDA
Laporan korban yang dibuat kami update terus kepada anda secara personal.

.jpg)
Ramai yang bertanya tentang harga korban yang agak tinggi berbanding tempat lain. Ini sebabnya:
- Haiwan korban dibawa masuk ke Palestin dikenakan cukai yang tinggi oleh Israel. Jadi harga purata daging RM 60-RM70 untuk sekilo daging.
- Kesan perang dan kejatuhan nilai mata wang Syria kerana pandemik Covid19 sebabkan harga makanan jadi lebih tinggi. Lebih-lebih lagi haiwan ternakan.
Sebab itulah kenapa mereka susah untuk mendapat makanan kerana tak mampu beli makanan yang mahal.
Hanya dengan sumbangan korban anda dapat bantu mereka merasa makan daging.
Hulurkan sedekah korban anda atau sertai akikah Palestin dan Syria