Ayuh Lakanakan Ibadah Korban Di Palestin, Syria Dan Yaman

KENAPA PERLU BERKORBAN DI PALESTIN/SYRIA/YAMAN?
85% daripada 2 juta penduduk Gaza bakal memerlukan bantuan kemanusiaan & 95% peratus daripada mereka terpaksa bergantung dengan bekalan air yang tercemar!!
===
Menurut PBB, 9.3 juta pelarian Syria bakal menghadapi kebuluran yang teruk akibat peperangan yang berlanjutan sejak 2011. Dalam tempoh tersebut, 400 ribu nyawa telah terkorban & ribuan lagi hilang tanpa berita. Serangan berterusan dilancarkan hingga hampir 1000 kemudahan pendidikan dan kesihatan turut musnah!!
===
Menurut pertubuhan Save the Children, setiap hari 130 kanak-kanak meninggal dunia di Yaman & antara penyebab utamanya ialah kebuluran & kekurangan malnutrisi!!
===
Betapa mereka memerlukan bantuan daripada kita semua. Bersamalah kita menyertai korban AMAN PALESTIN untuk menghadiahkan daging-daging korban kepada anak yatim dan warga pelarian yang sangat-sangat memerlukan,..
Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
(Hadis riwayat Thabrani)
KENAPA BERKORBAN BERSAMA AMAN PALESTIN??
✅Aman Palestin komited dalam menyampaikan hasrat dan amanah para penyumbang.
✅Korban AMAN PALESTIN merupakan satu pahala ibadah & kebajikan membantu saudara-saudara yang tidak bernasib baik.
✅Korban AMAN PALESTIN disalurkan terus ke Palestin/Syria/Yaman

AYUH LAKSANAKAN KORBAN BERSAMA AMAN PALESTIN
Sertai KORBAN di Palestin, Syria & Yaman melalui pakej berikut:
A) 1 Bahagian Lembu Palestin/Syria RM 1900
B) 1 Ekor Kambing Palestin/Syria RM 1900
C) 1 Bahagian Lembu atau 1 Ekor Kambing Yaman RM 600
D) 1 Bahagian Lembu Sejuk Beku RM 550
E) Sedekah Korban RM10 (seikhlas hati)
Tabung Korban disediakan khas untuk pengurusan korban bagi disalurkan ke Palestin, Syria & Yaman.
Hanya dengan sumbangan korban anda mereka dapat merasa makanan daging,..
Terus segera sertai korban & akikah Aman Palestin hari ini!!
Mungkin kali ini saja peluang yang diberikan untuk kita.

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)