Akaun amanpalestinmelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

MARHABAN YA RAMADAN, SEDEKAH 10 MALAM TERAKHIR (MEMBURU LAILATUL QADAR) PAHALA 1000 BULAN

MARHABAN YA RAMADAN, SEDEKAH 10 MALAM TERAKHIR (MEMBURU LAILATUL QADAR) PAHALA 1000 BULAN


Ramadan Yang Dinanti

Rasulullah SAW bersabda: 

"Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."

(HR Muslim)

================================
Kedatangan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ganjaran pahala berlipat ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas. Justeru, sebagai umat islam sangatlah rugi jika kita semua tidak merebut peluang ini untuk menggandakan amalan dan kebaikan sepanjang bulan yang penuh barakah ini. 

Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.”

(HR At-Tirmidzi)


Sepanjang bulan Ramadan ini, rebutlah amalan-amalan yang boleh dilakukan demi mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan ialah;

 BERSAHUR 

Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW:

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR Bukhari)

 MEMPERBANYAKKAN DOA 

MasyaAllah, betapa istimewanya doa umat islam ketika bulan Ramadan. Doanya tidak akan ditolak sama sekali! Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.

Daripada Abdullah bin Amr' RA berkata, Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”.

(HR Ibn Majah)


 BERSEDEKAH / MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA 

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah terutamanya ketika ketibaan bulan Ramadan.


 “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa,

maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut,

tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu”

 (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

================================


Dengan kedatangannya bulan Ramadan ini, Aman Palestin sekali lagi melancarkan kempen tahunan "RAMADAN BERSAMA" untuk membuka peluang kepada para penyumbang memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman. Kempen tahunan ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya mereka berpeluang untuk merasai suasana dalam menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri.


 AGIHAN PEK MAKANAN RAMADAN 2022 DI PALESTIN











AGIHAN BANTUAN RAMADAN DI SYRIA








Jom bersama kita kongsikan kegembiraan disini dengan saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.





+6011 -23585403 (Ustazah Ain)
 06 - 253 2551 (Pejabat)

Pegawai Aman Palestin Cawangan Melaka
===============================

*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
melaka.amanpalestin@gmail.com