Akaun amanpalestinmelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTUAN KECEMASAN SYRIA

BANTUAN KECEMASAN SYRIA

 BANTUAN KECEMASAN SYRIA DIPERLUKAN


BILAKAH KALI TERAKHIR KITA MENDENGAR BERITA MENGENAI SAUDARA-SAUDARA KITA DI SYRIA?




BANTUAN KECEMASAN SYRIA bertujuan membantu rakyat Syria bagi menghadapi kesempitan yang mencengkam dan kehidupan yang mendesak di kem-kem pelarian.


******


"Saya tidak dapat tidur waktu malam. Saya terus memikirkan masa lalu dan bagaimana kami boleh sampai di sini."

-Aesha Alaude, pelarian Syria-


 Bayangkan pelarian Syria tiada sumber pendapatan dan mereka bergantung kepada bantuan luar untuk hidup.


TIADA bank beroperasi. 

Hanya SATU restoran masih aktif berniaga.

TIADA kemudahan-kemudahan asas lain. 


HANYA SATU HOSPITAL yang dibina atas IHSAN kerajaan Turki.


Namun di kem-kem inilah menjadi tempat "paling selamat" untuk pelarian-pelarian yang lari dari kemusnahan yang lebih dahsyat di Idlib, Homs dan Ghoutah Syria!!


*****


" Saya ingat setiap hidangan yang disediakan dan kami berkumpul, kami duduk dan berkongsi makanan bersama. Kehidupan sangat baik waktu itu, tetapi sekarang tiada apa-apa di sini, kami semua sendirian".


Apa perasaan kita jika yang berkata sebegitu adalah ibu kita?



Bantuan yang disalurkan adalah Pakej Kotak Makanan yang mengandungi makanan kering seperti: 


Gula, Camolino, Chickpeas, Green Canadian Lentils, Red Mashed Lentils, Bulgur Coarse, Halawa, Minyak Sayuran, Jem, Pasta, Vermecelli, Teh, Garam, Tomato, Tuna, Tepung, Ghee Sayuran & Unica




Di samping itu, makanan panas juga disediakan di tempat-tempat yang kritikal dan susah untuk mereka memasak disebabkan kelengkapan yang kurang dan penempatan khemah pelarian yang padat.



Tabung Syria pula difokuskan kepada projek-projek di bawah sektor penternakan, pendidikan dan perubatan seperti ladang kambing biri-biri dan lembu, pembelian pakaian dan peralatan sekolah, menampung kos-kos rawatan pesakit dan sebagainya.


BERIKUT ADALAH PAKEJ YANG DITAWARKAN KEPADA PARA PENYUMBANG SEKALIAN

 

 Kotak Makanan (RM250) - sasaran 6,720 keluarga / RM1.68 juta

- Makanan Kering

- Makanan Panas 


 Tabung Syria (RM50 atau seikhlas hati) - sasaran RM2.52 juta

- Penternakan

- Pendidikan

- Perubatan




Aman Palestin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen ini. Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita di sini dengan saudara kita di Syria. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban dan menceriakan kehidupan mereka di sana.


Ayuh kita bantu warga Syria sekitar Idlib, Aleppo dan lain-lain tempat yang dalam kesempitan.


Rasulullah SAW bersabda:


Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan dunia,

nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya kesusahan pada hari kiamat. 

Barangsiapa meringankan penderitaan seorang yang susah,

pasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat

(HR Muslim)


LUASNYA PINTU KEBAIKAN
"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari seorang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali-kali meremehkan sebuah kebaikan

Ibnu Qayyim Al Jauziyah




+6011 -23585403 (Ustazah Ain)

 06 - 253 2551 (Pejabat)

Pegawai Aman Palestin Cawangan Melaka
===============================

*****Makluman*****
Bagi tuan/puan yang tiada alamat email, sila guna email ini diruangan email :
melaka.amanpalestin@gmail.com