PELABURAN AKHIRAT BAIKPULIH MASJID AL-AQSA
SOLIDARITI BUAT MASJID AL-AQSA
Rasulullah SAW pula menyebutkan bahawa penduduk Baitul Maqdis yang mempertahankan buminya tidak mungkin akan dapat dikecewakan oleh mereka yang menyerah kalah pada akhir zaman. Sebagaimana sabdanya:
”لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ.”
“Masih ada secara berterusan dalam kalangan umatku kumpulan yang menegakkan agama (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh, sehingga tidak boleh dimudaratkan oleh penentang mereka, melainkan mereka menghadapi kesusahan, sehingga datangnya ketetapan daripada Allah (membinasakan musuh dan memberikan kemenangan) dalam keadaan mereka meneruskan perjuangan (mereka tidak berganjak).
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟
Lalu para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW: ‘Di manakah mereka berada?’
قَالَ: “بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.”
Sabda Rasulullah SAW: ‘Di Baitul Maqdis dan di sekitarnya.’” (Riwayat Ahmad 22320 dan al-Tabrani 7643)
Saham Pelaburan Akhirat merupakan bentuk sumbangan wakaf yang khusus bagi membantu pembinaan beberapa projek yang sedang dijalankan. Antaranya projek baikpulih Masjid al-Aqsa, baikpulih rumah di Baitul Maqdis dan pembinaan telaga air bersih di Syria.
1. Projek Baikpulih Masjid Al-Aqsa

Pada 15 April 2022, Masjid Al-Aqsa telah diceroboh ketika umat Islam menunaikan solat tarawih.
Terdapat sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin yang tercedera dalam peristiwa tersebut. Menurut laporan pasukan Bulan Sabit Merah Palestin, majoriti mangsa yang tercedera adalah kesan daripada peluru getah yang dilepaskan, bom bunyi dan gas pemedih mata daripada tentera penyerang.
Ekoran dari pencerobohan tersebut, mereka telah merosakkan & mengotorkan sebahagian dari Masjid al- Aqsa.
7 KEROSAKAN DI MASJID AL-AQSA SEPANJANG PENCEROBOHAN BERLAKU

1. 10 tingkap gipsum pecah sepenuhnya
2. 3 tingkap pecah sebahagian.
3. Sejadah Masjid Qibli terbakar
4. Pintu-pintu Masjid Qibli dalam, luar, klinik masjid, 2 bilik azan pecah.
5. 3 'PA system' pecah dan wayarnya diputuskan.
6. 10 pembesar suara bahagian dalam Masjid Qibli rosak.
7. 3 pembesar suara bahagian luar Masjid Qibli rosak.
Sumber: Al-Qastal
Antara bentuk projek baikpulih yang sedang diusahakan oleh pihak Aman Palestin adalah:
- Mesin Pam Air: Untuk pembersihan bangunan & perkarangan Masjid al- Aqsa
- Peti Sejuk & Mesin Air: Untuk agihan air sejuk di sekitar Masjid al-Aqsa
- Baik pulih pintu, jubin serta ruangan wuduk di Masjid al- Aqsa
Kos baikpulih ini dianggarkan sebanyak RM450,000.
2. Projek Baikpulih rumah di Baitul Maqdis



Projek baikpulih ini antara projek yang telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu. Ia dibuat bagi membantu penduduk miskin di sekitar Baitul Maqdis yang kurang berkemampuan.
Kos baikpulih ini dianggarkan sebanyak RM2,100,000 iaitu sebanyak 50 buah rumah yang perlu dibaikpulih.
3. Projek Pembinaan Telaga Air Bersih di Jarablus, Syria



Projek wakaf ini membekalkan air bersih dimana air akan diambil dari Sungai Furat dan diproses. Kemudian barulah disalurkan kepada penduduk, tanaman dan ternakan di Jarablus Syria.
Untuk makluman tambahan, ini merupakan projek keempat pembekalan air di Syria.
Kos keseluruhan Telaga air bersih ini adalah RM2,250,000.
Video 3 projek tangki air yang telah dibuat setakat ini:
Projek Pembinaan Hasil Kutipan Dana dari Rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei

1.Projek Baikpulih Masjid Al-Aqsa
Pada 15 April 2022, tentera Israel telah mencemari bulan Ramadan dengan menceroboh Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam menunaikan solat.
Terdapat sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin yang tercedera dalam peristiwa tersebut. Menurut laporan pasukan Bulan Sabit Merah Palestin, majoriti mangsa yang tercedera adalah kesan daripada peluru getah yang dilepaskan, bom bunyi dan gas pemedih mata daripada tentera zionis.
Ekoran dari pencerobohan tersebut, mereka telah merosakkan & mengotorkan sebahagian dari Masjid al- Aqsa.
Antara bentuk projek baikpulih yang sedang diusahakan oleh pihak Aman Palestin adalah:
- Mesin Pam Air: Untuk pembersihan bangunan & perkarangan Masjid al- Aqsa
- Peti Sejuk & Mesin Air: Untuk agihan air sejuk di sekitar Masjid al-Aqsa
- Baik pulih pintu, jubin serta ruangan wuduk di Masjid al- Aqsa
Kos baikpulih ini dianggarkan sebanyak RM450,000.
2.Projek Baikpulih rumah di Baitul Maqdis
Projek baikpulih ini antara projek yang telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu. Ia dibuat bagi membantu penduduk miskin di sekitar Baitul Maqdis yang kurang berkemampuan.
Kos baikpulih ini dianggarkan sebanyak RM2,100,000 iaitu sebanyak 50 buah rumah yang perlu dibaikpulih.
3.Projek Pembinaan Telaga Air Bersih di Jarablus, Syria
Jom bersama kita kongsikan kegembiraan disini dengan saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.
