BINA HOSPITAL MENTAL DENGAN WAKAF ANDA
Masalah mental adalah PEMBUNUH SENYAP yang tak kelihatan.
Sawarka 11 tahun. Hilang ayah, ibu dan adik - beradiknya sekaligus. Bagaimana trauma buruk ini beri kesan pada hidupnya?

Terlalu banyak kisah menyayat hati bagaimana perubahan mendadak yang berlaku dalam hidup beri kesan kuat pada mental kita. Kesan trauma ini akan menyebabkan kita rasa susah nak tidur, panik dan ketakutan sepanjang masa. Alami mimpi buruk dan lebih teruk lagi membawa kepada kemurungan dan halusinasi.

"KESIHATAN MENTAL adalah CABARAN TERBESAR dalam sektor kesihatan di Palestin ".World Health Organisation

Bahkan remaja di Palestin mempunyai kadar masalah mental yang tertinggi di Timur Tengah. 54 % kanak-kanak lelaki dan 47 % kanak-kanak perempuan yang berumur 6-12 tahun alami masalah emosi dan mental.



Selepas serangan Israel tahun 2008. 98 % kanak-kanak Palestin alami post traumatic disorder.
Di Gaza. Hanya sebuah hospital kerajaan yang sediakan rawatan mental kepada 2 Juta penduduk Gaza. Hanya ada 40 katil untuk kemasukan pesakit mental. Manakala 60 % kes tak dapat dirawat disebabkan kurang kelengkapan dan ruang pesakit.
Satu-satunya Hospital Mental Gaza yang daif berusia 60 tahun. Tidak dapat menampung keperluan katil sekurang-kurang 140 katil.

Hospital mental yang usang.

Kemudahan yang dah banyak alami kerosakan.

Tiada pagar keselamatan dan kemudahan janakuasa elektrik yang tidak selamat.
Disebabkan 1000 kekurangan hospital mental Gaza yang lama ini. Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin, Aman Palestin sedar ini adalah keperluan besar untuk kita sama-sama menggalas tanggungjawab ini untuk bantu mereka.
Perlunya sebuah hospital Mental yang baru bagi menyediakan keperluan penduduk Palestin yang perlu dipulihkan mental mereka dengan rawatan yang lebih lengkap .
Sebuah MoU telah ditandatangani bersama Kementerian Kesihatan Palestin pada 27 Oktober 2019.
"Ini adalah Solusi kepada kami di Gaza. Kerana kepungan Israel bukan saja mengorbankn jasad kami. Malah emosi mental kami."
(Dr. Yousef Abu Al-Rish, Timbalan Menteri Kesihatan Palestin.)
Perancangan awal telah bermula.

Tapak pembinaan hospital mental yang baru.

Projek Wakaf Hospital yang bernilai RM 20 Juta ini sangat memerlukan bantuan anda.

Pelan pembinaan hospital mental yang baru.

PERKEMBANGAN TERKINI :PEMERIKSAAN TANAH PADA TAPAK HOSPITAL MENTAL PADA 3 JUN 2020


Bayangkan bila mereka bangun semula dan terus tabah melalui kehidupan HANYA KERANA rawatan yang mereka perolehi di Hospital Mental yang disumbangkan anda ini.
Bukan saja PAHALA BERTERUSAN TANPA HAD. Bahkan anda telah membina hidup mereka semula .
Subhanallah.
| UPDATE JUMLAH KUTIPAN SEMASA : |
| BARU RM 1.2 JUTA TELAH DIKUTIP. MASIH PERLUKAN LAGI RM 18.8 JUTA |
Terus SEGERA. Sumbangkan WAKAF BINA HOSPITAL MENTAL HARI INI.

Untuk maklumat lanjut, SILA HUBUNGI
CIK ROSAZIMA BINTI AHMAD
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN AMAN PALESTIN
+6011-23585403
MUHAMMAD ZULFIKAR AZLAN BIN MOHD SHARIFF
PENGURUS AMAN PALESTIN
+6013-5133315
*****Makluman*****
Bagi Tuan/Puan yang tiada alamat emel, sila guna emel ini diruangan email :
amanpalestinmelaka.onpay@gmail.com