Akaun amanpalestinmelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

YAMAN DALAM BAHAYA

YAMAN DALAM BAHAYA

BANTUAN SEGERA DI NEGARA PALING TERUK DI DUNIA YANG MENGALAMI KRISIS KEBULURAN DAN KEMISKINAN


APAKAH YANG SEDANG TERJADI DI SANA??


Tahukah anda.. di Yaman purata seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap 10 minit kerana kekurangan zat makanan! 


- Dua juta kanak-kanak alami malnutrisi kronik (kekurangan nutrisi). 

- Keluarga di pedalaman Yaman terpaksa makan daun untuk terus hidup.

- Terpaksa mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tidak bersih.

- 24 juta rakyat Yaman lalui kebuluran paling teruk dalam sejarah 100 tahun (United Nation, Jun 2020)

- Kemudahan kesihatan ‘runtuh’ hingga hospital terpaksa menolak pesakit, petugas kesihatan tidak dibayar gaji dan peralatan perubatan kehabisan stok.

- 90% kanak-kanak datang ke hospital kerana masalah kronik nutrisi.

- Penyumbang terbesar Yaman iaitu UN (United Nation) terpaksa hentikan bantuan kerana kekurangan dana antarabangsa akibat Covid-19.

- Yaman alami kebuluran kronik, kolera terburuk dan jangkitan Covid-19.

- Yaman hanya ada ujian test Covid-19 paling rendah di dunia, 31 unit per juta orang.


**********


BENTUK BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN




BANTUAN KECEMASAN YAMAN kita hulurkan dalam bentuk Kotak Makanan (makanan kering dan panas).  Makanan kering berupa Tepung gandum, Gula, Beras, Minyak, Kacang parang, Pes Tomato, Kacang pis dan lain-lain.


Manakala Tabung Yaman dikhususkan kepada projek-projek di bawah sektor perubatanpendidikan dan penternakan. Antaranya ialah rawatan mata dan ubat-ubatan, pembelian pakaian dan peralatan sekolah dan ladang kambing biri-biri untuk pembekalan susu, daging dan bulu.


Aman Palestin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen ini. Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita di sini dengan saudara kita di Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban dan menceriakan kehidupan mereka di sana.


Ayuh kita bantu warga Yaman sekitar Al-Hudaydah, Ibb, Al-Mahwit, Sana’a dan Ma’rib yang dalam kebuluran dan kemiskinan.


                                                             **********


KAMI MEMOHON AGAR KEBAIKAN INI DAPAT DILAKSANAKAN SECARA BERSAMA


Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis riwayat Muslim)


Dengan sumbangan anda dapat meringankan sedikit bebanan yang mereka tempuhi 


Hulurkan sedekah anda, semoga terukir senyuman diwajah mereka

InsyaAllah dengan sifat pemurah anda, lebih banyak kebaikan dan kasih sayang dapat disebarkan dan dirasai bersama.


Semoga dengan kebaikan yang kita kongsikan, Allah SWT akan terus melindungi kita dan keluarga dari musibah, wabak penyakit dan kemiskinan, Aamin YRA.


Biarlah amalan ini nampak kecil, asalkan konsisten setiap minggu kita dapat bantu orang. Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

 

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)


Untuk maklumat lanjut, SILA HUBUNGI

CIK ZUNNURAIN MUSFIRAH BINTI ZAINAL
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN AMAN PALESTIN
+6011 -23585403

MUHAMMAD ZULFIKAR AZLAN BIN MOHD SHARIFF
PENGURUS AMAN PALESTIN
+6013-5133315


**********Makluman*********
Bagi Tuan/Puan yang tiada alamat emel, sila guna emel ini diruangan email :
amanpalestinmelaka.onpay@gmail.com