
YAMAN
BANTUAN SEGERA DI NEGARA PALING TERUK DI DUNIA YANG MENGALAMI KRISIS KEBULURAN DAN KEMISKINAN.
APAKAH YANG SEDANG TERJADI DI SANA??
Tahukah anda.. di Yaman purata seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap 10 minit kerana kekurangan zat makanan!

- Dua juta kanak-kanak alami malnutrisi kronik (kekurangan nutrisi).
- Keluarga di pedalaman Yaman terpaksa makan daun untuk terus hidup.
- Terpaksa mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tidak bersih.
- 24 juta rakyat Yaman lalui kebuluran paling teruk dalam sejarah 100 tahun (United Nation, Jun 2020)
- Kemudahan kesihatan hingga hospital terpaksa menolak pesakit, petugas kesihatan tidak dibayar gaji dan peralatan perubatan kehabisan stok.
- 90% kanak-kanak datang ke hospital kerana masalah kronik nutrisi.
- Penyumbang terbesar Yaman iaitu UN (United Nation) terpaksa hentikan bantuan kerana kekurangan dana antarabangsa akibat Covid-19.
- Yaman alami kebuluran kronik, kolera terburuk dan jangkitan Covid-19.
- Yaman hanya ada ujian test Covid-19 paling rendah di dunia, 31 unit per juta orang.
**********
BENCANA ALAM YANG TERJADI DI YAMAN BARU INI.
1. Dianggarkan 300,000 rakyat Yaman kehilangan tempat tinggal, tanaman, ternakan dan barang-barang peribadi dalam tiga bulan terakhir kerana hujan lebat dan banjir kilat yang teruk. Di antara yang baru dipindahkan adalah orang-orang yang sebelumnya terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat konflik. Mereka sekali lagi harus membina semula kehidupan dan masyarakat mereka.
2. Kawasan yang paling teruk dilanda ialah Ma'rib, Amran, Hajjah, Al-Hudaydah, Taiz, Lahj, Aden dan Abyan.
3. Bencana banjir telah membunuh sekurang-kurangnya 148 orang dalam dua bulan terakhir sahaja.
4. Sekarang terpaksa berlindung di masjid, sekolah atau dengan saudara-mara atau tinggal di tempat terbuka di bangunan-bangunan terbengkalai yang berisiko untuk runtuh, atau di mana sahaja yang tersisa dari rumah mereka yang rosak.
5. Ramai yang sedang berjuang untuk bertahan hidup dengan peluang pekerjaan yang hampir tidak ada dan hampir tidak mampu menyediakan satu makanan untuk keluarga mereka setiap hari.
6. Walaupun dalam Pandemik COVID-19, ramai yang tidak dapat mempraktikkan jarak sosial atau fizikal, mengakses air bersih untuk mencuci tangan atau membuat langkah-langkah lain untuk mencegah penularan virus. Infrastruktur kesihatan negara sudah rosak teruk akibat konflik bertahun-tahun.
7. Setelah lebih dari lima tahun konflik, lebih daripada 80 peratus daripada jumlah penduduk Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan. Hampir 4 empat juta pelarian dan penduduk yang dipindahkan kini bergantung pada bantuan kemanusiaan biasa untuk terus hidup.
**********
BENTUK BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN

BANTUAN KECEMASAN YAMAN kita hulurkan dalam bentuk Kotak Makanan (makanan kering dan panas). Makanan kering berupa Tepung gandum, Gula, Beras, Minyak, Kacang parang, Pes Tomato, Kacang pis dan lain-lain.
Manakala Tabung Yaman dikhususkan kepada projek-projek di bawah sektor perubatan, pendidikan dan penternakan. Antaranya ialah rawatan mata dan ubat-ubatan, pembelian pakaian dan peralatan sekolah dan ladang kambing biri-biri untuk pembekalan susu, daging dan bulu.
Aman Palestin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk merebut kebaikan dengan menyertai kempen ini. Jom bersama kita kongsikan kegembiraan kita di sini dengan saudara kita di Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban dan menceriakan kehidupan mereka di sana.
Ayuh kita bantu warga Yaman sekitar Al-Hudaydah, Ibb, Al-Mahwit, Sana’a dan Ma’rib yang dalam kebuluran dan kemiskinan.
**********
KAMI MEMOHON AGAR KEBAIKAN INI DAPAT DILAKSANAKAN SECARA BERSAMA
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
InsyaAllah dengan sifat pemurah anda, lebih banyak kebaikan dan kasih sayang dapat disebarkan dan dirasai bersama.